NAFAS BARU
Sehela nafas memulakan sebuah perjalanan baru
Ketika kalam terhenti bicara
Jari jemari melafazkan kata-kata
Meneruskan langkah dengan jejak yang baru
Keinginan dalam hati terus membara
Lalu kumulakan dengan pembuka kata
Dalam setiap bait penulisan
Pasti terselit benar dan salah
Kerana penulis juga bergelar insan
Moga dijauhkan dari tetapnya atas yang salah
Dalam setiap kalam kuharap kebaikan
Meninggalkan kesan memberi manfaat
Kalam yang menyimpang mahuku elakkan
Kerna kebenaranlah yang pasti bermanfaat
Comments
Post a Comment